Wednesday, November 25, 2009

Suit against Umno: Elegant Advisory files appeal

Hafiz Yatim Nov 25, 09 3:48pm

Lawyers representing Elegant Advisory Sdn Bhd today filed a record of appeal over the Kuala Lumpur High Court's decision on Sept 10 to strike out their RM218 million claim against Umno.

Elegant Advisory took Umno to court last year to recover unpaid for bills for campaign material it delivered to the party for use in the 2004 General Election.

Lawyers Ahmad Termizi Abdullah and Mohd Nazruddin Abdullah (left) filed the application on behalf of their client just before noon at the Court of Appeal registry in Putrajaya.

Ahmad Termizi said the grounds of appeal included the company's strongly felt view that the matter should have gone through trial and not struck off without a proper hearing.

"We feel this is in violation of High Court Rules, as the matter should have been brought before a hearing. Our client also feels it was not a vexatious claim.

"We also feel that the judge should not have referred to affidavits when the matter was being heard in chambers," said Ahmad Termizi.

He added a proper course was followed by Elegant Advisory to file the action and hence, the matter should not have been dismissed.

Ahmad Termizi said his client also felt they had fulfilled requirements under the doctrine of 'equittable estoppel' and also the Contracts Act 1950.

Ahmad Termizi said no dates were fixed for the appeal to be heard.

No privity of contract

Judicial Commissioner Anantham Kasinater had, on Sept 10, ruled that the application by Elegant Advisory was without basis and did not follow the Contracts Act.

"The court is satisfied that it did not meet the requirements of Section 71 of the Act and ruled it was unjust enrichment. The court is also satisfied there is no privity of contract between Elegant Advisory and Umno.

"Based on the plaintiff's statement of claim, it does not include material facts necessary to establish viable legal right enforceable against the defendant," said Justice Anantham in chambers.

He said in his judgment, the application was frivolous and vexatious and does not merit a full trial.

The scandal was first highlighted by Malaysiakini in a series of exclusive reports three months after the 2004 General Election when BN won a landslide victory.

Elegant Advisory filed the suit in June 2008, claiming a sum of RM218,013,475 as compensation from Umno for the supply of election campaign materials including posters, banners, buntings, flags, souvenirs, mineral water and other transport costs.

The claim was made on the basis of Section 71 of the Contracts Act, in which Umno is obliged to pay for the campaign materials to Elegant Advisory.

In March 2004, Elegant Advisory had filed its statement of claim alleging it supplied the campaign materials to Umno on the party's request and an order was agreed between the parties.

"The plaintiff has fulfilled the defendant's request and order [...] in a huge quantity and in a short period by appointing third parties as printers for the posters, banners, bunting, flags and other necessary items for the 11th General Election and for Umno," the company added in its statement of claim.

Elegant Advisory had initially named the then Umno treasurer Abdul Azim Mohd Zabidi in the suit. However, the High Court allowed it to remove Abdul Azim's name and amend the statement of claim to include former Umno administration and finance secretary Ishak Abdul Rahman.

Sunday, October 25, 2009

Selamat Menunaikan Ibadat Haji

Pada tahun ini, sekurang-kurangnya 2 orang rakan aku (Hazli daripada Tetuan Hazli & Ihab, dan Omar daripada Tetuan Ruslan Omar & Partners) akan berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadat haji, Insya-Allah. Ini mengingatkan aku kepada pengalaman aku menunaikan fardhu haji 12 tahun yang lepas.

Alhamdulillah, pada tahun 1997 aku diberi rezeki dan kemampuan untuk menjadi tetamu Allah di tanah suci. Arwah Ayah dan Ma mengambil upah menjadi pembimbing rombongan haji dan umrah untuk beberapa tahun. Pada tahun 1997, rezeki kami sekeluarga bertambah dan arwah Ayah telah menjemput aku untuk membantunya menjadi pembimbing rombongan haji bersamanya pada tahun tersebut.

Oleh sebab musim haji berlangsung semasa sesi pengajian, aku telah memohon cuti selama satu semester daripada pihak universiti. Cuti aku diluluskan. Aku berlepas dari tanah air seawal pertengahan Ramadhan lagi. Visa yang diluluskan hanyalah sehingga penghujung Ramadhan dan permohonan pada asalnya dibuat hanyalah bagi mengerjakan ibadah umrah sahaja. Walau bagaimanapun, aku tetap terus berada di tanah suci sehinggalah tiba musim haji. Kalau dikira, hampir 4 bulan aku berada di tanah suci.

Pada masa tersebut, pemergian bagi menunaikan ibadah haji menggunakan visa umrah dipraktikkan secara berleluasa oleh jemaah haji di Malaysia terutamanya jemaah dari Pantai Timur. Tetapi, selepas itu, penguatkuasaan dari kerajaan Arab Saudi agak ketat sehingga ramai jemaah yang telah tamat visanya telah dihantar pulang. Alhamdulillah, tidak ada sebarang gangguan kepada aku dan rombongan jemaah bersama aku pada tahun tersebut.

Niat yang suci dan murni bagi menunaikan fardhu haji hendaklah bermula daripada semasa membuat tabungan wang bagi membiayai pemergian ke tanah suci lagi. Memang pemergian aku untuk mengerjakan haji dibiayai sepenuhnya oleh arwah Ayah. Tetapi mengikut hukum, ibadat haji yang aku kerjakan adalah sah dan ini bermakna aku telah selesai menunaikan rukun Islam yang kelima tersebut. Walau bagaimanapun, jauh dalam sudut hati aku, aku berazam untuk menunaikan lagi fardhu haji bersama isteri aku (yang belum mengerjakannya lagi).

Wang yang dikumpulkan bagi menunaikan ibadat haji hendaklah wang yang halal. Sebelum menunaikan fardhu haji, segala hutang hendaklah dibayar. Wang poket bagi kegunaan harian bagi tanggungan yang ditinggalkan di rumah juga hendaklah disediakan.

Tentang pembayaran hutang sebelum mengerjakan haji, ramai ulama’ telah mengharuskan bahawa hutang rumah, kenderaan, dan pelajaran tidak semestinya dilunaskan 100% sebelum dikatakan mampu untuk mengerjakan haji. Asalkan tiada pembayaran tertunggak bagi hutang-hutang tersebut, seseorang itu dikatakan sudahpun mampu untuk mengerjakan haji kerana hutang rumah, kenderaan, dan pelajaran adalah hutang berjadual yang dibayar mengikut jadual yang sudah dipersetujui antara pemberi dan penerima hutang. Dalam hal ini, ada juga sesetengah orang yang membuat pinjaman pembiayaan semula rumah mereka bagi menampung perbelanjaan mereka menunaikan ibadat haji.

Bahkan ada juga sesetengah ustaz yang berpendapat bahawa hutang kad kredit juga tidak semestinya dibayar 100% sebelum dikatakan bahawa seseorang itu layak mengerjakan haji. Aku tak berapa pasti tentang fatwa di Malaysia akan hal ini. Kalau perbelanjaan mengerjakan haji boleh dibiayai oleh kad kredit, aku rasa lebih ramai orang Islam hari ini dikatakan mampu untuk mengerjakan haji.

Bayangkan ajelah, ada ramai kawan-kawan aku yang mempunyai kad kredit bertaraf platinum dan bahkan ada yang mempunyai kad kredit khusus bagi ahli perniagaan seperti yang ditawarkan oleh RHB dan Hong Leong yang mana kredit maksima boleh mencecah sehingga RM200 ribu hingga RM300 ribu.

Tetapi pastinya, adalah lebih afdhal mengerjakan haji hasil daripada duit tabungan yang tidak terlibat dengan unsur riba dan sebaik-baiknya bebas daripada segala hutang.

Sesungguhnya ibadat haji adalah ibadat yang memerlukan kekuatan fizikal. Bacaan lafaz doa dan wirid hanyalah bacaan tambahan bagi membantu umat Islam sentiasa mengingati Allah S.W.T. semasa mengerjakan ibadat haji. Berdasarkan pengalaman aku, bagi mereka yang uzur dan/atau sudah terlalu tua, lebih baik untuk tidak mengerjakan haji walaupun berkemampuan dari segi kewangan kerana definisi berkemampuan mencakupi berkemampuan daripada sudut fizikal.

Bayangkan keadaan yang bersesak-sesak semasa melontar jamrah. Hendaklah dipastikan batu yang kita baling benar-benar tepat pada sasaran dengan jumlah lontaran yang tepat. Lepas tu, kena berpindah pula ke jamrah yang lain. Ibadah melontar ini dilakukan berkali-kali dan diulangi pada hari-hari berikutnya sehinggalah selesai (tahallul).

Bayangkan pula keadaan semasa tawaf mengelilingi kaabah. Perlu dipastikan bahawa kita sentiasa berwudhu’ dan bahu kiri hendaklah sentiasa menghadap kearah kiblat. Kiraan tujuh pusingan hendaklah tepat, jangan terkurang. Tidak ada peluang untuk berundur bahkan risiko bahu kiri tidak mengadap kiblat adalah tinggi apabila kita ditolak atau tertolak menyebabkan kita terpusing atau terpaling. Kalau pusingan dibuat agak jauh daripada kaabah, kemungkinan tawaf akan memakan masa berjam-jam lamanya.

Perlu diingat bahawasanya ibadat haji jauh lebih mencabar daripada ibadah umrah. Semasa melakukan umrah, bilangan jemaah yang hadir tidaklah seramai semasa melaksanakan ibadat haji kerana musim haji hanyalah sekali setahun sedangkan umrah adalah sepanjang tahun.

Bayangkan pula keadaan semasa sa’ie daripada Safa ke Marwah sebanyak tujuh kali. Kaki terpaksa berjinjing dan pastinya tak boleh berundur, bahkan sentiasa ditolak oleh jemaah yang berada di belakang. Sebab itulah, jika ada yang terjatuh, akan menyebabkan orang dibelakangnya juga terjatuh. Dan bagi mereka yang tidak terjatuh, mereka terpaksa memijak orang yang terjatuh bagi mengelakkan dirinay pula terjatuh, kerana jemaah dibelakang datang tanpa henti dan memakan tempoh untuk brek kecemasan. Sebab itulah kita ada mendengar berita jemaah yang meninggal akibat kesesakan dan berhimpit sesama jemaah yang lain.

Bayangkan juga sewaktu wukuf di Arafah. Bayangkan juga keadaan trafik yang sesak dalam perjalanan ke Mina dan Muzdalifah dan perlu juga diingat bahawa jemaah haji sentiasa berada dalam pelbagai larangan dalam ihram.

Perlu juga dinyatakan bahawa ilmu menunaikan ibadat haji adalah amat penting. Perlu difahami tentang miqat zamani dan miqat makani. Perlu difahami tentang cara pemakaian ihram, perkara-perkara yang dilarang semasa berihram, rukun haji, wajib haji, bayaran dam, jenis-jenis ibadah haji, tahallul, dan sebagainya.

Perlu juga diingat bahawa jemaah haji tidak boleh celupar mulut mereka dan hendaklah banyak-banyak bersabar dalam sebarang ujian yang menimpa. Hati hendaklah senantiasa berzikir mengingati Allah S.W.T. supaya kita sentiasa ingat bahawa Allah S.W.T. sedang menguji hamba-hamba yang dijemput-Nya.

Selepas menunaikan fardhu haji, hendaklah ada perubahan karakter dalam diri kita. Daripada yang buruk kepada yang baik, dan daripada yang baik kepada yang lebih baik. Pengajaran daripada ibadat haji juga hendaklah diambil iktibar.

Antara yang jelas pengajaran yang saya perolehi ialah tentang kesatuan umat Islam. Semua umat Islam tanpa mengira mazhab dan aliran politik semuanya menuju kepada 1 Kaabah, tetapi kenapa selepas mengerjakan haji, umat Islam hari ini berpecah-belah dan saling tuduh-menuduh antara satu sama lain. Konflik Sunni, Syiah, Wahabi, tak habis-habis. Begitu juga dengan perangai yang suka berpuak-puak sesama sendiri yang merugikan keseluruhan umat Islam itu sendiri.

Kepada rakan-rakanku dan jemaah haji lain yang terpilih menjadi tetamu Allah, bersyukurlah dan ambillah peluang ini untuk merapatkan diri kepada Allah S.W.T. dan kepada yang belum berkemampuan, hendaklah sentiasa berusaha dan berdoa tanpa berputus asa kepada Allah S.W.T.

Sesunggunya dunia hanyalah jambatan menujut Akhirat, kehidupan abadi…

Tuesday, September 22, 2009

Pesanan Arwah Ayah; Ikhlas Dalam Beribadah

Arwah Ayah pernah berpesan supaya aku melakukan sesuatu perkara dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T. Lalu arwah Ayah menerangkan kepada aku tentang apakah yang dimaksudkan dengan ikhlas tersebut.

“Ikhlas ialah melakukan sesuatu perkara kerana Allah S.W.T semata-mata, bukan kerana mahukan syurga Allah atau takutkan neraka Allah. Jika kita buat sesuatu perkara kerana mengharapkan syurga Allah, kita tidak ikhlas. Begitu juga jika kita buat sesuatu perkara kerana takutkan neraka Allah, kita juga tidak ikhlas.

Ini bukanlah bermakna bahawa syurga atau neraka Allah itu tidak penting atau tidak relevan. Syurga atau neraka Allah memang benar wujud sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah dan Nabi Muhammad S.A.W. Cuma kita perlu faham bahawa tahap ikhlas yang sebenar ialah benar-benar melakukan sesuatu perkara itu kerana benar-benar cintakan Allah S.W.T. dan menuruti perintah-Nya.

Syurga atau neraka Allah hanyalah seumpama promosi-promosi daripada Allah S.W.T. kepada hamba-hamba-Nya supaya taat kepada-Nya, padahal tidak mendatangkan apa-apa manfaat atau mudharat pun kepada Allah apabila seseorang hamba itu samada taat atau derhaka kepada Allah.

Sebagai contohnya, untuk mempromosikan minuman Milo kepada orang ramai (penggunaan Milo di sini hanyalah sebagai contoh, tetapi Milo sepatutnya kita boikot kerana minuman yang dibuat oleh musuh Islam), syarikat yang buat Milo telah memberikan hadiah percuma iaitu satu bekas plastik bagi sesiapa yang membeli satu tin Milo.

Mungkin ada antara kita yang tak pernah minum Milo. Tetapi apabila terlihat adanya hadiah percuma iaitu satu bekas plastik yang cantik dan lain daripada yang lain, orang tersebut mungkin tertarik dengan bekas plastik tersebut dan lantas membeli Milo. Pada masa tersebut, pembelian Milo tadi adalah tidak ikhlas kerana niatnya kerana hendakkan hadiah percuma iaitu satu bekas plastik.

Selepas itu, apabila Milo sudahpun terbeli, dia mungkin terlintas untuk mencuba minuman Milo tersebut. Lalu orang tersebut pun mula meminum Milo. Lepas tu terfikir pula, alang-alang dah beli, minumlah sampai habis satu tin, takkan nak buang pulak. Lepas tu, mulalah setiap hari dia minum Milo dan akhirnya dia rasa Milo adalah minuman yang sedap. Apabila dah habis satu tin tadi, dia pun pergi semula ke kedai untuk membeli satu tin lagi Milo.

Apabila sampai di kedai, pekedai memberitahu bahawa promosi hadiah percuma satu bekas plastik sudahpun habis dan sekarang sesiapa yang beli Milo hanya dapat Milo sahaja. Orang tadi masih juga mahu membeli Milo. Nah, sekarang dia beli Milo betul-betul ikhlas kerana Milo itu sendiri. Bahkan dia sudahpun lupa pasal apa-apa hadiah percuma.

Begitu jugalah dengan kita. Sepatutnya apabila kita buat sesuatu perkara hendaklah kita niatkan ikhlas kepada Allah S.W.T. semata-mata, bukan kerana mahukan syurga Allah atau takutkan neraka Allah. Syurga atau neraka hanyalah promosi daripada Tuhan kepada hamba-hambanya yang mungkin terlupa akan kewujudan Tuhan itu sendiri.

Segala ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi tentang syurga atau neraka hanyalah sebagai promosi atau motivasi kepada kita supaya sentiasa taat kepada Allah, tetapi target kita yang sebenar ialah menjadi hamba Allah yang benar-benar ikhlas, cinta dan rindu Allah S.W.T.
Apabila kita benar-benar ikhlas kepada Allah S.W.T., suatu hari nanti kita juga akan terlupa tentang syurga atau neraka Allah kerana sudah asyik dengan cinta rindu kita kepada Allah S.W.T. (sebagaimana pencinta Milo yang sudah lupa pasal hadiah percuma tadi).

Oleh itu, tepuk dada, tanyalah iman. Sama ada kita tergolong dalam kumpulan hamba-Nya yang benar-benar ikhlas atau masih lagi golongan murahan budak-budak yang mahu dijanjikan sesuatu ganjaran atau ditakutkan dengan sesuatu balasan barulah kita nak buat amalan baik.”

Itulah antara pesanan arwah Ayah kepada aku. Aku teringat tentang amalan-amalan aku di bulan Ramadhan yang lepas. Adakah aku benar-benar ikhlas pergi ke surau atau masjid? Adakah aku benar-benar ikhlas bersembahyang malam? Atau aku juga termasuk dalam golongan yang masih baru berjinak-jinak untuk minum Milo yang sebenarnya hanya tertarik pada hadiah percuma.

Sesungguhnya solat terawih dan lailatul qadar hanyalah beberapa promosi daripada Allah S.W.T. kepada hamba-hamba-Nya pada bulan Mega Sale pahala, Ramadhan Al-Mubarak. Tanyalah diri sendiri samada kita beribadah kerana inginkan ganjaran, atau beribadah kerana cintakan Allah...

Bagi yang terpengaruh dengan promosi, mungkin selepas Ramadhan ini, akan malaslah ke surau atau masjid, akan malaslah untuk bangun malam, akan malaslah untuk membaca al-Quran dan sebagainya...maklumlah promosi pahala terawih dan lailatu qadar dah habis (perlu diingat bahawa promosi syurga berlangsung sepanjang tahun).

Tetapi bagi mereka yang benar-benar ikhlas kerana Allah S.W.T., sepatutnya sentiasa istiqamah dalam beribadah... (seumpama sentiasa ingin minum Milo walaupun dah tiada hadiah percuma...)

Percayalah… ada atau tiada ganjaran atau balasan daripada Allah, kita hendaklah sentiasa melakukan sesuatu perkara dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T. Sesungguhnya Allah S.W.T. Maha Mengetahui dan Allah Maha Tahu menilai hamba-hamba-Nya…

Ya Allah Ya Tuhanku, sucikanlah hatiku supaya aku sentiasa melakukan sesuatu perkara kerana cintaku pada-Mu… Amiiin.

Terima kasih arwah Ayah atas pesanan yang amat berharga.

Al-Fatihah untuk arwah Ayah...

Saturday, September 19, 2009

Arwah Ayah Dalam Kenagan (Bahagian II)

Apabila mengenangkan betapa mudahnya maut menjemput kita, ini mengingatkan aku kepada saat kematian arwah Ayah.

Arwah Ayah meniggal dunia pada bulan Julai 2004, lebih kurang 5 tahun yang lalu. Masih segar dalam ingatan aku bagaimana arwah Ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Walaupun aku tidak melihat kejadian tersebut dengan mata dan kepala aku sendiri, tetapi boleh aku bayangkan melalui cerita Ma dan Kak Long.

Beberapa hari sebelum arwah Ayah meninggal, arwah Ayah ada mengeluarkan wang dari mesin ATM Bank Islam sedangkan pada masa tersebut wang tunai sudahpun cukup dan memadai untuk urusan harian. Wang tersebut, arwah Ayah berikan kepada Ma untuk disimpan tunai di rumah. Ma bertanya tentang kenapa perlunya wang lebihan tersebut dan arwah Ayah mengatakan untuk memudahkan urusan ‘kalau apa-apa terjadi’.

Rupa-rupanya wang tersebutlah yang digunakan oleh Ma untuk urusan pengkebumian arwah Ayah. Urusan memandikan jenazah, mengkafankan jenazah, menyolatkan jenazah, mengkebumikan jenazah, urusan majlis tahlil arwah dan lain-lain sebagainya. Arwah Ayah seolah-olah sudah mengetahui bahawa ajalnya bakal menjelang tiba.

Sehari sebelum arwah Ayah meniggal, arwah Ayah ada bermimpi bahawa rumah kami di kampung dikunjungi oleh ramai orang. Arwah Ayah bertanya kepada Ma: “Kenapa semalam ramai sangat orang datang ke rumah kita?” Rupa-rupanya keesokan harinya, lebih kurang 400 orang (terdiri daripada keluarga, sanak-saudara, sahabat, dan murid-murid arwah Ayah) datang mengunjungi rumah kami di kampung bagi menyembahyangkan jenazah arwah Ayah.

Aku diberitahu bahawa arwah Ayah mula disembahyangkan lebih kurang pukul 10.00 malam dan diimamkan (untuk pusingan pertama) oleh arwah Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman (Tuan Guru di Pondok Lubok Tapah, Pasir Mas) dan diikuti oleh pusingan-pusingan seterusnya oleh sahabat, keluarga, dan murid-murid arwah Ayah sehinggalah aku tiba dari Kuala Lumpur lebih kurang jam 12.00 tengah malam.

Aku sempat melihat wajah tenang dan ceria arwah Ayah bertemu Tuhan Pencipta Alam, Yang Dirinduinya selama ini. Cukup tenang dan aku merasakan arwah Ayah cukup gembira di saat itu… .Aku sentiasa mendoakan semoga arwah Ayah tergolong di kalangan “ashaabul yamiin” (golongan kanan) kalau tidak pun “al-muqarrabiin” (golongan yang rapat dengan Allah S.W.T.).

Arwah Ayah meninggal dunia pada tanggal 16hb Julai, 2004 iaitu pada hari Jumaat. Pada lebih kurang jam 12.45 tengahari, arwah Ayah memberitahu Ma bahawa beliau berasa tidak sedap badan dan tidak larat untuk ke masjid bagi menunaikan sembahyang Jumaat dan berhasrat untuk sembahyang Zohor di rumah sahaja.

Selepas itu, arwah Ayah terus ke tandas (membuang air besar) dan mandi serta mengambil wudhu’. Selepas keluar daripada bilik air dan bersiap untuk sembahyang Zohor, arwah Ayah rasa sakit dan terus merbahkan diri di tikar. Melihat keadaan tersebut, Ma bergegas ingin membantu arwah Ayah dan meribanya tetapi dengan tegas arwah Ayah melarang Ma daripada menyentuhnya kerana katanya dia sudahpun berwudhu’, sebaliknya arwah Ayah meminta supaya Kak Long yang meribanya.

Apabila Kak Long meriba arwah Ayah, arwah Ayah sempat mengucap penuh 2 kalimah shahadah “Ashhadu Al Laailaahaillallah… Wa Ashhadu Anna Muhammadurrasulullah…”. Bukan itu sahaja, bahkan arwah Ayah sempat mengajar Kak Long supaya membaca beberapa doa, dan katanya doa tersebut adalah doa untuk memudahkan sakaratul maut.

Cukup pelik, selalunya yang sihat akan mengajar yang sakit supaya berdoa dan ingat Allah, tetapi dalam kes ini, yang sakit (bahkan sedang nazak) mengajar supaya sama-sama tolong mendoakannya supaya memudahkan ujian sakaratul maut…

Kak Long mengikut doa yang arwah Ayah ajar. Selepas itu, Ma yang menangis dari mulanya arwah Ayah terbaring meminta Kak Long memanggil dan menelefon sesiapa yang berkenaan bagi meminta bantuan apa yang patut. Ma terus menggantikan tempat Kak Long meriba arwah Ayah dan membantu arwah Ayah supaya terus dan jangan putus-putus untuk mengingati Allah S.W.T.

Kak Long menelefon aku lebih kurang jam 1.25 petang. Selalunya aku sudahpun off telefon bimbit aku pada waktu sebegitu kerana pergi sembahyang Jumaat, tetapi pada hari itu tidak, aku hanya vibratekannya sahaja. Melihat adanya panggilan masuk dari kampung pada jam sebegitu, pastinya ada sesuatu yang berlaku. Aku mengangkat telefon di pintu masjid dan Kak Long memberitahu bahawa arwah Ayah sedang nazak. Aku kebingungan kerana aku tidak pernah diberitahu sebelum ini bahawa arwah Ayah sedang sakit atau sebagainya.

Memang arwah Ayah tidak sakit. Sakitnya adalah sakit mengejut yang membawanya terus nazak. Aku memberitahu Kak Long bahawa aku akan terus balik kampung sejurus selesai sembahyang Jumaat.

Sebaik sahaja selesai sembahyang Jumaat, aku memberitahu isteri aku bahawa aku akan menjemputnya di pejabat untuk segera balik kampung kerana arwah Ayah sedang nazak. Apabila sampai di pejabat isteri aku, isteri aku meminta aku supaya bertenang dan dia memberitahu aku bahawasanya arwah Ayah sudah pun tiada semasa aku bersembahyang Jumaat tadi. Aku menangis disaksikan oleh rakan-rakan sepejabat isteri aku. Mereka membantu untuk kami mendapatkan tiket kapal terbang tetapi semuanya sudah habis. Kami membuat keputusan untuk pulang dengan memandu kereta.

Berbalik kepada cerita bagaimana arwah Ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Semasa Ma meriba arwah Ayah, arwah Ayah sempat memohon maaf daripada Ma atas segala kesilapannya. Arwah Ayah juga sempat memohon maaf daripada Mek (kakak kepada Ma) atas segala kesilapannya. Arwah Ayah juga memohon maaf daripada Kak Long. Itu sahaja saudara-mara yang ada pada waktu tersebut sebab yang lainnya sedang bersembahyang Jumaat.

Ma mengingatkan arwah Ayah supaya beliau tidak perlu lagi memohon maaf kerana semua orang memang sentiasa memaafkannya. Selepas itu, arwah Ayah yang memang daripada tadi lagi berniat untuk sembahyang Zohor, melaungkan sekuat hatinya laungan takbir “Allahu Akbar…” beberapa kali seolah-olah dia sedang bersembahyang.

Ya, itulah sembahyang yang terakhir bagi arwah Ayah, dalam keadaan semampu kudratnya yang ada. Selepas itu, arwah Ayah mula menarik nafas…dalam-dalam… dan lama-lama… dan akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir di atas riba Ma, dikelilingi oleh Kak Long dan Mek.

Alhamdulillah… Aku kira pastinya arwah Ayah gembira di waktu itu tatkala waktu yang ditunggunya untuk bertemu Tuhannya di permudahkan oleh-Nya. Aku mengucapkan syukur kepada hadrat Ilahi kerana arwah Ayah tidak diseksa oleh-Nya sewaktu nazaknya menghadapi sakit sakaratul maut…

Sebaik sahaja selepas sembahyang Jumaat, ahli keluarga yang lain mula datang ke rumah dan mereka terus membawa arwah Ayah ke hospital. Di hospital, doktor mengesahkan bahawa arwah Ayah sudahpun meninggal dunia. Doktor juga tidak teragak-agak untuk mengesahkan bahawa punca kematian arwah Ayah ialah sakit tua padahal umur arwah Ayah pada waktu tersebut ialah 67 tahun.

Aku rasa, kebanyakan doktor agak keberatan untuk mengesahkan punca kematian adalah sakit tua kecuali kematian pada umur 80 tahun ke atas. Aku rasa doktor mengesahkan sebegitu rupa kerana tidak mahu meneruskan dengan prosedur “post mortem”. Arwah Ayah terus sahaja dibenarkan dibawa balik untuk urusan pengebumian. Alhamdulillah… Terima kasih doktor...

Ma yang memang berpengalaman memandikan jenazah, pastinya tidak melepaskan peluang untuk memandikan jenazah arwah Ayah. Bahkan inilah yang afdhalnya, pasangan memandikan jenazah pasangan yang meninggal.

Ma memberitahu aku bahawa sepanjang pengalamannya memandikan jenazah, selalunya jenazah akan sedikit (kalau tak banyak) terberak kerana menahan kesakitan sakaratul maut. Aku pun teringat semasa aku belajar tentang cara memandikan jenazah, ustaz ada mengajar aku tentang cara membuang najis daripada mayat. Tetapi mengikut Ma, tidak ada najis pada arwah Ayah. Mungkin kerana arwah Ayah sudahpun membuang air besar sebelum mandi dan berwudhu’ beberapa minit sebelum menghembuskan nafas yang terakhir tadi.

Mayat jenazah adalah cukup cantik. Arwah Ayah sudahpun mandi sebelum beliau dimandikan, bahkan sedang bersembahyang sebelum disembahyangkan, ditambah lagi dengan tiadanya prosedur “post mortem” ke atas mayat beliau menjadikan mayat arwah Ayah cukup sempurna.

Ada sinar pada wajahnya yang menyebabkan aku sentiasa menangis apabila mengenangkan raut wajah ceria arwah Ayah menemui kekasihnya.

Apabila aku mengingatkan kembali peristiwa ini, arwah Ayah memang layak dan patut menerima layanan yang seafdhal yang mungkin di dunia ini atas segala usaha-usahanya. Sesungguhnya saat-saat kematian arwah Ayah cukup sempurna, dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan sesempurna yang mungkin.

Semoga arwah Ayah sentiasa tenang dan ceria di alam barzakh menanti saat hari perhintungan dan pembalasan.

Cuma sekarang, aku…. anak arwah Ayah… mesti meneruskan perjuangan arwah Ayah. Sesungguhnya arwah Ayah adalah inspirasi aku setiap masa dan ketika dalam perjuangan meneruskan hidup di alam fana ini…

Al-fatihah untuk arwah Ayah….

- Untuk membaca artikel tentang arwah Ayah dalam kenangan (bahagian I) klik di sini.

Saturday, September 12, 2009

Kes Elegant Advisory saman UMNO dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi; Apa ceritanya?

Ramai yang bertanya kepada saya tentang berita kes Elegant Advisory yang menyaman UMNO dan telah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi. Apa ceritanya? Kenapa Elegant Advisory kalah? Macamana UMNO boleh menang? Dan sebagainya…

Ramai juga yang memberi komen kepada saya dan pastinya kebanyakan komen adalah komen-komen yang negatif terhadap UMNO sebagai sebuah parti politik secara keseluruhannya, walaupun secara sedar atau tidak, sebenarnya Elegant Advisory itu sendiri juga adalah pembantu kuat UMNO yang tidak pernah memberi komen sehebat komen-komen mereka itu…

Sebenarnya, bagi saya, dalam kedudukan sekarang ini, pihak yang patut paling marah terhadap UMNO ialah Elegant Advisory sebab Elegant Advisory dah kalah (pada peringkat mahkamah tinggi) dalam kes saman ini. Tapi, nampaknya pihak lain pula yang banyak memberi komen dan meluahkan kemarahan kepada UMNO.

Anak guam saya tidak banyak memberi komen, cuma mengarahkan saya untuk meneruskan kes ini ke Mahkamah Rayuan.

Saya juga tidak mahu memberi komen tentang kes ini. Biarlah Mahkamah yang Mulia menentukan dan membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakan-rakan saya yang bijaksana (para peguam lain) juga bersetuju bahawa tugas para peguam adalah untuk membantu mahkamah mencapai keadilan.

Sebagai seorang pengamal undang-undang, saya percaya terhadap sistem kehakiman di Negara kita dan amat meyakini bahawa keadilan akan dapat dicapai melalui sistem kehakiman yang ada.

Masih terdapat ruang rayuan dalam kes ini dan masih banyak isu-isu yang belum dihujahkan secara terperinci di mahkamah. Saya mengakui bahawa masih banyak kajian dan penyelidikan perlu saya dan kumpulan saya buat supaya mahkamah akan dapat membuat keputusan yang seadil-adilnya.

Kalau ada yang ingin membantu, bolehlah emailkan pendapat anda (mengikut ‘point of laws’ dan bukan mengikut emosi orang awam) kepada saya di mizico@gmail.com. Sumbangan anda ke arah mencapai keadilan amatlah dihargai.

Untuk membaca laporan penuh keputusan Mahkamah Tinggi, sila klik di sini.

Friday, September 11, 2009

Perginya seorang sahabat (tribute to arwah Rezal @ Chalok)

Pada tanggal 09/09/09 yang lalu, tanpa disangka-sangka seorang sahabat baik aku telah pergi meninggalkan kita semua buat selama-lamanya. Perginya arwah Rezal @ Chalok adalah satu pemergian yang agak mengejut kerana tidak pernah diketahui oleh kami rakan-rakannya bahawa arwah ada apa-apa penyakit yang serius.

Tapi, itulah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bagi orang-orang sufi, kematian adalah saat-saat yang mereka tunggu kerana dengan sebab berpisahnya roh dari jasad, maka lebih cepatlah jalan mereka bertemu dengan Tuhan yang mereka cintai dan rindui.

Tapi, adakah kita semua sudah bersedia menghadapi maut? Aku secara peribadi perlu mengakui secara ikhlas bahawa aku masih belum bersedia. Terlalu banyak lagi perjuagan dunia yang belum selesai & aku berdoa semoga aku dipanjangkan umur supaya dapat menyelesaikan segala amanah & tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah S.W.T. kepada aku sebelum aku menghembuskan nafas yang terakhir.

Tapi, ajal maut ditangan Tuhan. Hendaklah kita sentiasa bersedia...

Aku mengenali arwah Rezal semasa tahun pertama di Pusat Matrikulasi UIAM pada tahun 1994. Pada tahun 1995, arwah telah bersetuju untuk tinggal sebilik dengan aku di bilik B105 di Pusat Matrikulasi Lembah Pantai. Bahkan arwahlah orang yang paling berusaha keras, beratur panjang untuk memastikan kami mendapat bilik di tingkat bawah.

Semasa di Main Campus, arwah memang seorang businessman yang berjaya dan tersohor kerana memiliki 4 buah kereta sewa. Sehinggalah selepas meneruskan kariernya sebagai peguam, aku perlu mengakui bahawa arwah adalah salah seorang sahabat yang memotivasikan aku untuk membuka firma guaman aku sendiri sebagaimana yang aku ada sekarang.

Bahkan kami ada bersembang sesama sendiri tentang pahit-maung dalam dunia business disamping hal-hal kehidupan masing-masing.

Sesungguhnya arwah seorang yang bercita-cita tinggi, berani berjuang untuk peningkatan hidup...satu semangat yang akan aku abadikan dan teruskan...

Kepada arwah Rezal, semoga Allah menempatkan arwah dikalangan ashabul yamiin (golongan kanan). Amiiin.
Sesunggunya dunia hanyalah jambatan menuju ke akhirat.

Court throws out RM218 mil suit against Umno

The Kuala Lumpur High Court, today struck out election campaign material supplier Elegant Advisory Sdn Bhd's RM218 million suit against Umno.

Justice Anantham Kasinater said he was satisfied that the application was without basis and did not follow the Contracts Act 1950.

"The court is satisfied that it did not meet the requirements of Section 71 of the Act and ruled it was unjust enrichment."

"The court is also satisfied there is no privity of contract between Elegant Advisory and Umno. Based on the plaintiff's statement of claim, it does not include material facts necessary to establish viable legal right enforceable against the defendant," said Justice Anantham in chambers.

Indeed, he said in his judgment, the application was frivolous and vexatious and does not merit a full trial.

Justice Anantham also noted that as the case had generated a lot of public interest, he would be failing in his duty by not perusing the case carefully.

However, after studying the facts, he said he was satisfied that the application should be struck out.

He also ordered Elegant Advisory to pay costs of RM10,000 to Umno within 14 days.

Umno 'a responsible party'


Umno was represented by Mohd Hafarizam Harun (left), while Elegant Advisory was represented by Ahmad Termizi Abdullah.

Ahmad Termizi said he has received instructions to appeal as his client felt that there was a point of law to be raised.

"We will do more research after getting this full judgment before filing the appeal," he said.

Hafarizam meanwhile, lauded the decision as this proved that the party was not involved in lavish or overspending in election campaigns.

"Umno, as a responsible party, did not violate the Election Offences Act 1994," he said

Hafarizam, said DAP veteran leader Lim Kit Siang had made the allegations in parliament based on the the statement of claim.

"Now, with the striking out it proves that we did not violate any laws," he said.

The Act stipulates that campaign material for Parliament elections should not be in excess of RM200,000 and, for state seats, RM100,000.

Suit filed in June 2008

The poll merchandise scandal was first highlighted by Malaysiakini in a series of exclusive reports three months after the 2004 general elections, when BN won a landslide victory.

Elegant Advisory filed the suit in June 2008 claiming a sum of RM218,013,475 as compensation from Umno for the supply of election campaign materials.

The materials include posters, banners, buntings, flags, souvenirs, mineral water and other transport costs.

The claim was made on the basis of Section 71 of the Contracts Act, in which Umno is obliged to pay the campaign materials to Elegant Advisory.

"The company's statement of claim said that in March 2004, Elegant Advisory had supplied the campaign materials to Umno on the party's request and an order was agreed between the both parties.

"The plaintiff has fulfilled the defendant's request and order [...] in a huge quantity and in a short period by appointing third parties as printers for the posters, banners, bunting, flags and other necessary items for the 11th General Election and for Umno.

Sub-contractors engaged for work

"The plaintiff also had appointed printers and suppliers for the mineral water and souvenirs from China," the court document stated.

It was also pointed out that these materials were again used by Umno during the August 2004 Kuala Berang by-election in Terengganu, as spotted by Malaysiakini during the campaign.

"With the supply of these campaign materials, Umno has enjoyed the benefits from it whenthe party (as a BN component party) won the 11th General Election with an overwhelming poll victory," said the statement of claim.

Initially, Elegant Advisory named former Umno treasurer Abdul Azim Mohd Zabidi as the defendant.

However, last week Justice Anantham allowed the company to replace the name with former Umno administration and finance secretary Ishak Abdul Rahman as the new defendant.


Another report, click here.

Thursday, September 3, 2009

Elegant vs Umno: Treasurer replaced as defendant

Election campaign material supplier Elegant Advisory Sdn Bhd who is suing Umno over a RM218 million breach of contract was today allowed to change its statement of claim to name a new defendant.

Following this, the company replaced Umno's former treasurer Abdul Azim Mohd Zabidi with former Umno administration and finance secretary Ishak Abdul Rahman as the new defendant.

The company was also ordered by Kuala Lumpur High Court judge Anandham Kasinater to pay costs of RM5,000 within 14 days to Abdul Azim for wrongly naming him as a defendant. The present Umno treasurer is Ahmad Husni Hanadzlah.

Anandham, who heard the matter in chambers, also fixed next Thursday, Sept 10, to decide on Umno's application to strike out the suit.

Elegant Advisor had filed the suit against Umno in June 2008 claiming RM218,013,475 as compensation from Umno for supplying election campaign materials for the 2004 general election.

The materials include posters, banners, buntings, flags, souvenirs, mineral waters and other transportation costs.

In July last year, Elegant Advisory obtained a judgment in default against Abdul Azim after his representatives were not present in court. However, Abdul Azim managed to set aside the order on Jan 21 this year.

At the same time, the court also ruled that the company should have named another Umno public office bearer and not the party's treasurer as defendant. This was the cause for the company to amend its defendants' list today.

Was there a contract?


Umno was represented by Mohd Hafarizam Harun while Ahmad Termizi Abdullah appeared for Elegant Advisory.

Hafarizam submitted that the matter could not be argued in the court as the issue in this case had been litigated and decided in an earlier suit filed by four sub-contractors against Umno.

There was also no privity of contract in this case, he added.

Ahmad Termizi however responded that based on the facts of the case, there was a valid contract between the parties in accordance with section 71 of the Contracts Act 1950.

He also said that there was no overlapping suit here as the earlier case involved different plaintiffs and different invoices of payment.

Orginal Source: http://www.malaysiakini.com/news/112013

Monday, August 31, 2009

Conveyancing Lawyer: Tak Mencabar?!

Ramai yang berkata kepada saya bahawa menjadi seorang conveyancing lawyer adalah tidak mencabar. Kerja-kerja conveyancing boleh dibuat oleh seorang dua experienced clerk dah memadai. Belajar conveyancing dari closed file dalam sebulan dua dah boleh faham semua pasal conveyancing.

Percayalah... (dan saya yakin majoriti conveyancing lawyer bersetuju dengan saya), bahawa menjadi conveyancing lawyer bukanlah semudah yang disangka. Saya sendiri terlibat dalam dunia conveyancing selama lebih 5 tahun, dan ada sahaja benda/perkara baru yang perlu dipelajari.

Dunia conveyancing selalunya melibatkan penjualan/pembelian property, selalunya pula pembeli akan buat loan. Senang aje tu, buat aje Perjanjian Jual Beli, lepas tu proses loan documents. Bukankah perkara tu kerani pun boleh buat. Lawyer tukang sign aje...

Bukan semudah itu saudara. Kerani yang berpengalaman pun banyak perkara yang diaorang tak faham. Lebih-lebih lagi kalau kerani yang jenis cut and paste tanpa memahami isi surat dan kandungan letter of undertaking. Kalau lawyer tak monitor, akan berlaku kesilapan-kesilapan yang menyebabkan transaksi jadi lambat. Lepas tu kena denda (dunia conveyancing terikat pada banyak due date seperti completion date of S&P, stamp duty kena bayar dalam masa 30 hari, MOT kena present dalam masa 3 bulan, redemption sum kena bayar mengikut tarikh dalam redemption statement, dll.)

Antara situasi-situasi yang perlu difahami dalam dunia conveyancing adalah seperti berikut:

Ada yang nak jual rumah dan ada yang nak beli rumah. Sekiranya jual beli melibatkan ejen, perlu difahami tentang perbezaan antara earnest deposit & balance deposit, dan seterusnya balance purchase price. Berapakah jumlah yang sepatutnya ejen hartanah terima. Hal ini akan jadi sedikit complicated jika ada urusan mark up sama ada pembeli nak mark up sebab nak dapat loan tinggi atau ejen yang nak komisyen tinggi buat mark up harga.

Perlu difahami bahawa proses jual beli akan berbeza sekiranya penjual melantik lawyer nya sendiri. Proses juga berbeza jika pembeli buat government loan.

Lepas tu kena faham tentang status property. Adakah freehold atau leasehold? Ada sekatan kepentingan atau tak ada? Free from encumbrances atau assigned/charged? Ada individual title atau masih dibawah master title? Lebih confused apabila ada kes yang dah keluar strata title tapi masih dibawah nama developer.
Kena faham tentang prosedur nak apply direct transfer, macam mana nak buat batal ganti pada blanket consent. Lebih susah kalau developer tak bagi cooperation atas alasan strata dah lama keluar, consent asal pun dah lama expired, person in charge untuk projek tu dah berhenti, staf baru buat projek baru, kes tu dah kira back log case.
Ada pula yang strata title dah hilang, developer kata dah hantar pada lawyer untuk buat MOT, lawyer tu pulak dah tutup office, developer tak nak buat report title hilang sebab bukan dia yang hilangkan, lawyer tak dapat dicari, so... macamana?

Apabila tak dapat buat direct transfer, terpaksalah buat double transfer. Makan masa bertahun-tahun dan melibatkan banyak extra kos terutamanya pada penjual. Penjual marah sebab lama sangat proses. Ingatkan jual rumah sebab nak duit cepat tapi proses tak habis-habis. Pembeli pun marah sebab ingatkan nak duduk rumah baru, bertahun punya proses tak siap-siap.
Kes double transfer akan jadi teruk kalau kena apply new consent daripada pemaju kepada first buyer sebab consent asal dah expired. Lepas tu kena masuk gadaian bagi penjual. Lepas tu tukar nama. Lepas tu kena apply consent sekali lagi untuk pembeli kedua. Lepas tu melepaskan gadaian pulak. Lebih teruk kalau lawyer yang buat first transfer adalah lawyer lain. Lawyer yang masukkan gadaian pertama lawyer lain. Lawyer yang apply sencond consent lawyer lain. Memang bertahun-tahun lah jawabnya. Lebih parah jika pembeli buat government loan.

Lebih malang lagi bagi conveyancing lawyer apabila pihak yang berautoriti tak bagi kerjasama. Hantar consent, dekat 3 bulan baru approved. Adjudicate MOT, dekat 2 bulan baru dapat notis. Lepas present, dekat 3 bulan baru dapat extract title.

Perlu juga difahami tentang perbezaan antara penjual/pembeli individu dengan penjual/pembeli sebuah syarikat. Banyak dokumen tambahan yang diperlukan jika transaksi melibatkan syarikat seperti resolution setuju nak beli property, resolution setuju terima loan, CTC M&A syarikat dan seribu satu borang. Lebih teruk jika syarikat buat perubahan semasa transaksi sedang diproses seperti change of name & change of directors. Masa sign letter offer, 2 director, lepas tu tukar nama & tukar director. Siapa yang nak sign letter of guarantee. Dokumen mana yang perlu diubah?

Perlu juga difahami jika penjualan melibatkan harta simati. Dah lantik pentadbir atau belum? Prosesnya macamana? Perlu proses order for sale sebab pentadbir tak ada hak untuk jual kecuali bila dapat order for sale. Pewaris setuju untuk tolak hak atau nak kira bahagian ikut faraid.
Proses akan jadi rumit jika sebagai contoh salah seorang waris tidak diketahui berada di mana. Kena apply dekat court untuk buat presumption of death contohnya. Hai... memang rumit.

Perlu juga difahami apabila dah dapat leter of administration (LA), LA tu kena present dulu kat pejabat tanah supaya pejabat tanah rekodkan nama LA dalam geran. Lepas tu baru LA tu boleh apply consent to transfer (itu pun setelah dapat order for sale).
Jadi masalah bila individual title ada lagi pada chargee bank sebab si mati tak ambil insuran kematian. Nak pinjam title dari bank sebab nak masukkan nama pentadbir bukannya kerja yang senang. Bank pula nak guna lawyer dia sebab takut interest dia tak dilindungi konon. Hai... bertahun punya proses.

Ada juga kes yang melibatkan description of property tak tally antara S&P dan valuation report. Lawyer S&P tak nak amend S&P sebab dia kata itulah description yang betul. Valuer pun tak nak amend jugak sebab dia kata description dialah yang betul. Bank pulak tak nak release duit selagi perkara ni tak selesai. Nak buat macam mana?

Ada juga yang melibatkan transfer dari bumiputera kepada bukan bumiputera. Consent kena reject. Macamana nak appeal? Nak buat alasan apa? Duit deposit pulak owner dah makan habis, tak ada chance untuk refund. Macamana?

Ada juga yang melibatkan bukan warganegara atau pemastautin tetap. Apa pula peraturan untuk mereka?

Ada juga yang sesetengah kes tu, redemption statement lebih daripada 90% daripada purchase price sedangkan 10% sudahpun diberi kepada owner. Siapa yang nak bayar top up redeem? Kalau owner berdegil, macamana?

Ada sesetengah kes tu, loan tak sampai 90% dan sebahagian duit top up dibayar direct kepada penjual. Lepas tu nak cancel jual beli. Siapa yang nak refund duit top up tu?

Ada juga kes yang melibatkan developer bankrup. Kalau ada liquidator senang sikit, kalau tak ada liquidator, call jabatan insolvensi tak angkat-angkat, pergi office pegawai tak ada. Nak buat macam mana?

Ada pula kes yang developer tersalah daftar Management Corporation (MC) sebagai proprietor semasa apply subdivide untuk strata title sedangkan MC belum lagi ditubuhkan. Siapa yang nak sign MOT lepas ni kalau strata keluar nanti?

Ada kes yang bank tak boleh bagi title lepas redeem sebab title tu tak ada dalam simpanan bank. Katanya lawyer dulu yang tak forward. Lawyer tu pulak dah tutup office. Siapa yang nak buat SD & report hilang? Bank tak nak buat sebab bukan dia yang hilangkan. So, macamana?

Ada juga kes tentang standard letter of undertaking. Standard letter of undertaking yang bank buat tak diterima oleh pemaju. Pemaju nak standard letter of undertaking mengikut format dia. Bank pula rasa interest dia tak terjaga kalau ikut standard pemaju. Masing-masing berkeras. Macamana?

Ada juga kes yang penjual belum lagi membayar 100% harga belian pada pemaju tetapi dah nak jual pada pembeli baru. Nak buat macamana?

Situasi-situasi di atas hanyalah sebahagian daripada 1001 jenis kes conveyancing yang conveyancing lawyer kena selesaikan.
Percayalah, kerani yang macamana berpengalaman sekalipun selalunya tak faham & tak boleh selesaikan kes-kes di atas & sebahagian conveyancing lawyer pun ada yang masih tak faham.

Saya sedikit terkilan jika ada kawan-kawan lawyer yang lain (selalunya bukan dalam bidang conveyancing) yang memandang conveyancing sebagai bidang yang remeh. Please respect to your other learned fellow lawyers.

Sememangnya dunia conveyancing juga penuh dengan cabaran. Terpulang kepada kita sama ada nak hadapi cabaran tersebut atau tidak.

Aku sentiasa berdoa semoga Allah S.W.T. memudahkan segala urusan aku. Segala cabaran ... ada hikmahnya... Dunia hanyalah jambatan menuju akhirat.

Sunday, August 23, 2009

Arwah Ayah Dalam Kenangan


Apabila tiba Bulan Ramadhan, maka mulalah orang ramai memenuhi ruang-ruang di surau atau masjid untuk menunaikan sembahyang Terawih. Surau atau masjid yang dulunya kosong, kini mula penuh bahkan di sesetengah tempat, tidak mampu untuk menampung kehadiran jemaah yang ramai. Aku melihat perkara ini dari aspek yang positif. Tetapi malangnya trend memenuhi surau atau masjid ini selalunya berlaku di awal Ramadhan sahaja dan makin sepi di akhir Ramadhan dan apabila habis Ramadhan, makin lenganglah surau dan masjid.

Dibulan Ramadhan juga mengingatkan aku pada trend Qiamullail, terutamanya di malam-malam terakhir Ramadhan kerana mengejar malam Lailatul Qadar. Ini mengingatkan aku pada arwah ayah aku.

Arwah ayah berpesan; Kejarlah Lailatul Qadar pada setiap malam, bukan di akhir pada bulan Ramadhan sahaja kerana sememangnya pada waktu sebelum Subuh pada setiap malam adalah waktu yang paling baik untuk kita bermunajat kepada Allah S.W.T. Apabila kita membiasakan diri kita untuk Qiamullail pada setiap malam, maka kebiasaan ini akan kita teruskan bahkan akan diperbanyakkan di bulan Ramadhan, barulah kita Insya-Allah akan bertemu Lailatul Qadar.

Aku melihat arwah ayah tidak pernah mengabaikan solat malamnya, kecuali pada waktu dia sakit atau terlalu kepenatan dan tidur terlalu lewat sahaja. Buku di atas adalah risalah kecil tulisan tangan arwah ayah aku tentang Qiamullail.

Dia menulis bagi memudahkan murid-muridnya (termasuk aku) untuk mengerjakan amalan Qiamullail, bahkan risalah kecil ini adalah tulisan arwah yang paling banyak dicetak dan disebarkan (setakat pengetahuan aku).

Rupa-rupanya aku juga lupa pesanan arwah ayah. Aku hanya Qiamullail pada waktu-waktu tertentu sahaja, tidak seperti arwah ayah yang melakukannya setiap malam. Aku teringat pada peribadi Salahuddin Al-Ayyubi yang antara lainnya tidak pernah abai solat malamnya yang menjadikannya seorang peribadi muslim yang hebat.

Sesungguhnya Qiamullail banyak hikmatnya. Akan aku ingat pesanan arwah ayah. Sempena bulan Ramadhan yang berkat pada tahun ini, sama-samalah kita bertekad untuk meningkatkan ibadah kita dan bermunajat kepada Allah pada waktu-waktu yang disarankan-Nya.

Bersama-samalah kita menghidupkan setiap malam kita dengan Qiamullail. Insya-Allah.

Thursday, July 23, 2009

My New Blog; My Chess Centre

There are quite some time I do not update this blog. This is due to the reason that I more concentrate on my new blog namely; My Chess Centre for the past one month. I create this new blog since I think it is better for me to have my own blog for my hobby of playing chess rather than to put it under the category of My Hobby or My Chess Games.
Anyway, enjoy the game... and enjoy your life...